MAC 2022

Tabung Pinjaman Agro Sarawak Bantu Petani Baharu


KUCHING: Tabung Pinjaman Agro Sarawak (SAF) untuk membesarkan kebun dan ladang mendapat sambutan amat baik daripada petani berskala kecil di negeri ini.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Martin Ben berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi memberikan pinjaman itu tanpa had maksima.

Katanya, pinjaman itu bermula sejak Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah menerajui kementerian itu pada 2019, namun, beliau tiada butiran terkini bilangan petani yang sudah mendapat kelulusan pinjaman  setakat ini.

"Kita mempunyai jawatankuasa untuk membuat penilaian yang mengambil masa agak lama. Justeru, pemohon diharap bersabar," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Gardenscapes Sarawak 2022 di CityOne Megamall, di sini.

Martin berkata, pihaknya mengutamakan petani berskala kecil yang memerlukan modal bermula dari RM1 hingga RM5 juta dalam memberi pinjaman itu.

"Dana SAF masih baharu, kita membuka (permohonan pinjaman) kepada petani terutama yang muda," tambahnya.

Sumber dari : Jiwa Bakti